MAJLIS PENTAULIAHAN WATIKAH SEBAGAI PANEL TETAP HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SELANGOR

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah berkenan untuk melantik Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM; YA Datuk Hj. Mohd. Radzi bin Hj. Abd Latif dan YA Datuk Jasri@Nasip bin Matjakir sebagai anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dalam Majlis Pentauliah Watikah yang diadakan pada pagi ini di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor.

Majlis yang dihadiri oleh YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM tersebut, turut memberi pentauliahan kepada Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Syariah Selangor dan Penolong Pegawai Syariah Selangor.

Syabas dan tahniah diucapkan!


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
3 Jun 2019

Lihat Gambar