KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA POLIS NEGARA

Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM ke atas Datuk Seri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara bertempat di Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman jam 9.30 pagi tadi.

Pertemuan yang berlangsung lebih kurang 45 minit tersebut telah dimulakan dengan ucapan tahniah oleh YAA Dato’ Dr. kepada YBhg. Datuk Seri atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.

YAA Dato’ Dr. kemudiannya mengambil peluang membincangkan isu-isu yg melibatkan kepentingan orang awam yg berurusan dengan Mahkamah Syariah khususnya dalam isu penguatkuasaan perintah dan Jenayah Syariah. Perkara ini diambil maklum oleh YBhg. Datuk Seri yang telah melahirkan sokongan dan dokongan penuh terhadap segala langkah-langkah yang akan diambil oleh JKSM bagi mengatasi masalah terbabit.

YBhg. Datuk Seri juga berkesempatan meminta pendapat YAA Dato’ Dr. tentang konsep Hadhanah di sisi mahkamah syariah dan kedudukan pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa di Malaysia.

Kunjungan hormat ini ternyata merupakan satu titik permulaan akan pengukuhan hubungan baik antara JKSM dan PDRM dalam memastikan imej perundangan syariah dapat dipertingkatkan sekaligus nasib-nasib mereka yang teraniaya terbela.

Turut hadir Pegawai-Pegawai Kanan Bukit Aman.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
12 Jun 2019

Lihat Gambar