KUNJUNGAN HORMAT PRESIDENT’S ADVISOR FOR RELIGIOUS AFFAIRS & ISLAMIC RELATION & CHIEF JUSTICE OF THE STATE OF PALESTINE KE ATAS KETUA PENGARAH/ KETUA HAKIM SYARIE JKSM

H.E. Dr. Mahmoud Al-Habash, President’s Advisor for Religious Affairs & Islamic Relation & Chief Justice of the State of Palestine telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pada jam 12.30 tengahari tadi bertempat di Pejabat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, Komplek Islam Putrajaya.

Pertemuan selama sejam tersebut berlangsung dalam suasana penuh mesra sambil berkongsi kisah dan pandangan perihal struktur dan pentadbiran Mahkamah Syariah di Palestin dan Malaysia. Pelbagai idea juga dilontarkan oleh YAA Dato’ Dr. sepanjang pertemuan tersebut antaranya berkaitan isu bantuan nafkah selepas berlakunya penceraian melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Selain itu, YAA Dato’ Dr. juga telah menjelaskan perihal jenayah-jenayah syariah dan proses-proses perundangan yang dilaksanakan di negara ini.

TYT sangat teruja dengan pertemuan tersebut dan telah berbesar hati agar satu memorandum persefahaman (MOU) antara JKSM dan badan kehakiman Palestin dapat diadakan dalam masa terdekat ini. TYT juga dengan segala hormatnya telah menjemput YAA Dato’ untuk melawat Palestin dan Masjidil Aqsa dalam rangka memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua agensi dan negara.

Turut hadir H.E. Mr. Walid Abu Ali; Palestine Ambassador to Malaysia, Tn. Hj. Mohd Gunawan bin Che Ab Aziz (Pengarah Bahagian Dasar dan Strategik GIACC) dan rombongan Yayasan MyAQSA.

Pertemuan diakhiri dengan penyerahan cenderahati tanda kenangan daripada kedua-kedua pihak dan jamuan makan tengahari.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
12 Jun 2019

Lihat Gambar