PERBINCANGAN BERSAMA AHLI EXCO KULIYYAH UNDANG-UNDANG AHMAD IBRAHIM, UIAM

Satu perbincangan telah diadakan bersama Ahli-Ahli Exco Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL) UIAM pada jam 3.00 petang tadi bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Pengarah, Aras 7, JKSM.

Perbincangan yang telah dipengerusikan oleh YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM tersebut berkisar tentang cadangan bagi mengadakan Seminar Undang-Undang oleh pihak AIKOL.

Pihak AIKOL telah mengambil peluang mendapatkan idea dan pandangan YAA Dato' Dr. berkaitan intipati yang sesuai bagi seminar tersebut.

Delegasi AIKOL telah diketuai oleh Prof. Dr. Farid Sufian manakala wakil yang lain adalah Dr. Tajul Aris, Prof. Dr. Najibah dan pensyarah-pensyarah terkemuka yang lain.

Turut hadir bersama ialah Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan (Pengurusan) JKSM dan Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan JKSM.

Sesi perbincangan selesai sekitar jam 4.30 petang.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
17 Jun 2019

Lihat Gambar