MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI AGENSI DI BAWAH YANG BERHORMAT MENTERI (AGAMA) DI JPM TAHUN 2019

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pada hari ini telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi di bawah Yang Berhormat Datuk Seri Mujahid Yusof, Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri tahun 2019.

Program yang bermula seawal jam 9.30 pagi bertempat di ruang legar hadapan Bangunan JAKIM dengan beberapa khemah didirikan bagi menempatkan gerai-gerai makanan mengikut agensi masing-masing termasuklah JKSM sendiri.

Pada tahun ini, gerai JKSM menyediakan 'Nasi Dagang Terengganu' dan 'Aiskrim Special' yang mana menu ini telah mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi yang berasal dan merindui masakan Pantai Timur.

Selain itu, JKSM turut menghantar wakil kumpulan nasyid JKSM "D-Qist" untuk mendendangkan beberapa lagu sepanjang Majlis Hari Raya ini berlangsung.

Program Sambutan Hari Raya ini telah diadakan dengan suasana cukup meriah dengan dihadiri bukan sahaja semua anggota kerajaan, malah turut dihadiri oleh Duta Arab Saudi, Mesir dan Palestin.

Program selesai sepenuhnya pada jam 12.00 tengahari.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
21 Jun 2019

Lihat Gambar