KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) KE ATAS KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM

Satu kunjungan hormat daripada Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ke atas YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, JKSM.

Semasa kunjungan hormat tersebut, pihak IKIM telah melahirkan hasrat untuk mengadakan kerjasama dua hala yang lebih menyeluruh dan serius dengan JKSM di masa-masa akan datang. IKIM berharap dapat menggabungkan kepakaran antara kedua-dua agensi bagi menyebarluaskan lagi ilmu-ilmu berkaitan undang-undang Islam dan perundangan syariah khususnya berkaitan hak-hak wanita, hadhanah dan lain-lain.

YAA Dato’ Dr. juga sangat berbesar hati dengan hasrat IKIM tersebut dan turut berharap kolaborasi ini dapat memperkukuhkan hubungan antara kedua agensi disamping dapat bekerjasama menjalankan penyelidikan yang mampu memberi kesan yang positif dan dinamik kepada kepentingan ummah Islam di Malaysia.

Pihak IKIM juga turut memberi tawaran untuk menerbitkan sebuah buku berkaitan komplikasi artikel dari sudut pengamal undang-undang di JKSM.

Delegasi IKIM telah diketuai oleh YBhg. Dr. Mohd Zaidi b. Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM bersama-sama wakil-wakil lain iaitu YBhg Dr. Mohd Farid b. Mohd Shahran (Felow Utama/Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM), YBrs. Dr. Nik Roskiman b. Abdul Samad (Felow Kanan Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM), En. Md. Asham b. Ahmad (Felow Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM), Pn. Enizahura bt. Abdul Aziz (Felow, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM), En. Mohd Noor b. Omar (Felow, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM), Pn. Siti Shamsiah bt. Md. Supi (Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Syariah Undang-undang dan Politik IKIM) dan Pn. Wan Zahidah bt. Wan Zainuddin (Pen. Pegawai Perhubungan Korporat, IKIM).

Turut hadir sebentar tadi ialah Ketua Pendaftar JKSM dan Pengarah-Pengarah Bahagian JKSM.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
25 Jun 2019

Lihat Gambar