MESYUARAT PENYELARASAN PENGUKUHAN KAEDAH SULH SELURUH MALAYSIA BIL. 1/2019

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah dijemput untuk memberikan amanat dan ucapan dalam Mesyuarat Penyelarasan Pengukuhan Kaedah Sulh Seluruh Malaysia Bil 1/2019 di JKSM sebentar tadi.

YAA Dato' Dr. dalam ucapannya telah mengingatkan para wakil dari seluruh Malaysia akan peranan JKSM serta JKSN dan MSN negeri-negeri dalam penglibatan di bawah kluster 1: "Perundangan dan Kehakiman".

YAA Dato' Dr. juga mengambil peluang untuk berpesan pada ahli-ahli mesyuarat untuk merebut peluang ini untuk berbincang dengan tuntas dan bernas, mempelajari ilmu antara satu sama lain yang ada di negeri-negeri masing supaya dapat menghasilkan kaedah yang terbaik untuk semua.

Mesyuarat ini antara lain bertujuan mewujudkan kaedah sulh yang seragam antara negeri selain dapat mengelakkan kekeliruan pemahaman terhadap tafsiran kaedah sulh sedia ada.

Mesyuarat yang dihadiri oleh Penasihat-Penasihat undang-Undang Negeri, dan Jawatankuasa Sulh Negeri-Negeri ini berlangsung selama 2 hari bermula 26hb Jun hingga 27hb Jun 2019.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
26 JUN 2019

Lihat Gambar