MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SUKAN MAHKAMAH SYARIAH (SMS 5)

Mesyuarat Jawatankuasa INDUK Sukan Mahkamah Syariah (SMS 5) telah berlangsung pada 1 Julai 2019 di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan dipengerusikan oleh YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im Bin Hj. Mokhtar Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM merangkap Penasihat JK Induk SMS 5. YAA Tn Haji Ibrahim Bin Deris, Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia merangkap Pengerusi bersama JK Induk SMS 5 turut hadir dalam mesyuarat ini.

YAA Dato' Dr. Haji Mohd Naim Bin Haji Mokhtar dalam ucapan pengerusinya juga menggariskan beberapa amanat dalam memastikan kelancaran penganjuran SMS 5 ini.

Beliau menggesa agar SMS 5 ini bukan sahaja untuk beriadah dan memburu kemenangan semata-mata bahkan dapat menjadi platform semua warga kerja yang terlibat bertemu dan mengeratkan ukhuwwah yang kemudiannya diterjemahkan kepada kelancaran gerak kerja penyampaian perkhidmatan keadilan kepada masyarakat. Selain itu beliau juga mengingatkan agar semua ahli JK mengutamakan tadbir urus yang baik dan berintegriti dalam melaksanakan tugasan, berhati-hati menguruskan tajaan kewangan serta mengoptimumkan perbelanjaan penganjuran melalui kaedah DIY.

Penganjuran SMS 5 adalah kerjasama antara Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) selaku tuan rumah kejohanan SMS 5.

Kejohanan SMS 5 akan dilangsungkan pada 12-14 Mac 2020 dan INSPENS dijangka menjadi venue pertandingan pada kali ini. Sebanyak 17 acara yang akan di pertandingkan melibatkan 15 Kontinjen.

Dalam mesy JK Induk ini juga Kontinjen Melaka diwakili YBrs Tn Abu Sufian Bin Abu Yaziz yang merupakan Johan keseluruhan SMS 4 telah menyerahkan Piala Pusingan Sukan Mahkamah Syariah kepada YAA Dato Dr Haji Mohd Naim bin Mokhtar sebagai simbolik kepada permulaan gerak kerja penganjuran SMS 5.

Lihat Gambar