PERSIDANGAN PENGERUSI-PENGERUSI JAWATANKUASA HAL EHWAL ISLAM SELURUH MALAYSIA BIL. 1/2019

YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Persidangan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia Bil. 1/2019 bertempat di Blok A, Kompleks Islam Putrajaya jam 2.30 petang tadi.

Persidangan dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menghimpunkan Pengerusi hal ehwal berkaitan agama islam dari seluruh Malaysia dan menjadi platform terbaik untuk berbahas, berkongsi pendapat dan pandangan secara ilmiah bagi menghasilkan keputusan musyawarah yang memberikan impak positif kepada pembangunan masyarakat Islam sejagat.

Persidangan berakhir sepenuhnya pada jam 5.30 petang.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
4 Julai 2019

Lihat Gambar