KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM MENGHADIRI MAJLIS MAKAN MALAM KEDUTAAN PALESTIN

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri majlis makan malam anjuran TYT Walid A.M Abuali, Duta Palestin di Malaysia bertempat Kediaman Rasmi Kedutaan Palestin di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Duta Tajikistan; TYT Ardasher S Qodiri, Duta Brunei; TYT Dato Paduka Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha, Duta Mesir; TYT Jamal
Abdelrehim Mohamed Metwally dan Duta Iraq; TYT Dr. Hameef Al Jopori.

YAA Dato' Dr. juga berkesempatan mengadakan perbincangan dengan menyentuh peranan JKSM dan Mahkamah Syariah dalam melindungi hak-hak wanita Islam di Malaysia semasa makan malam tersebut yang mana sajian enak masakan Arabnya telah disediakan sendiri oleh isteri kepada TYT Walid.

Turut hadir bersama ialah isteri YAA Dato' Dr, YBhg. Datin Nik Roslini binti Raja Ismail dan pasangan Duta-Duta yang lain.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
6 Julai 2019

Lihat Gambar