WAWANCARA PROGRAM "UPSOUND" BERNAMA TV

Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM; YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, telah dijemput sebagai tetamu undangan dalam rancangan wawancara "Upsound" di Bernama TV, Kuala Lumpur pada hari ini.

Rancangan yang dikendalikan oleh pengacara Zanariah Zain membawa topik yang cukup menarik iaitu "Menuju 2020, Seragamkan Undang-Undang Syariah" sesuai dengan hasrat YB Menteri di JPM, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof untuk menjadi model Malaysia yang terbaik menjelang tahun 2020 dalam kerangka rahmatan lil'alamin.

Pada episod ke-40 ni, YAA Dato' Dr. telah menggunakan platform ini untuk memberikan pencerahan yang seluas-luasnya kepada masyarakat tentang peranan JKSM dalam menyeragamkan undang-undang syariah di Malaysia seiring dengan tanggungjawab yang diberikan oleh YB Menteri kepada JKSM untuk mengetuai Kluster Pertama dalam Program Rahmah 2019.

Program siaran tertunda ini akan ditayangkan pada hari Rabu ini jam 8.30 malam di saluran Astro 502.

Terdahulu YAA Dato' Dr. telah dibawa melawat sekitar bahagian-bahagian dan ruang pejabat Bernama TV.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
8 Julai 2019

Lihat Gambar