BUAL BICARA AGENDA AWANI BERSAMA YAA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah diundang dalam program bual bicara Agenda Awani pada hari ini dalam siaran tertunda Astro 501.

Penubuhan Mahkamah Syariah Khas Hadhanah menjadi intipati perbincangan sepanjang program berlangsung. YAA Dato' Dr. telah menjelaskan tentang konsep dan kedudukan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan mendokong gagasan rahmatan lil alamin selari dengan kehendak maqasid syariah.

YAA Dato' Dr. menegaskan bahawa konsep keadilan bukan hanya semata-mata di atas kertas sahaja tapi hendaklah diimplementasikan dan dikuatkuasakan agar ianya memberi manfaat kepada pihak-pihak yang berhak bersesuaian dengan risalah qada yang dikirimkan oleh Saidina Umar bilamana mengutus Abu Musa Al-Asy'ari sebagai Qadi di Yaman bahawa 'tiada guna perintah dikeluarkan tetapi tidak dilaksanakan'.

Rakaman selama 40 minit ini berakhir dengan YAA Dato' Dr. menzahirkan harapan kepada semua pemegang taruh, pihak-pihak terlibat, agensi-agensi untuk bersama-sama memberi sokongan kepada JKSM dalam membentuk sistem kehakiman syariah yang terbaik di Malaysia.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
8 Julai 2019

Lihat Gambar