KURSUS 'BODY LANGUAGE' ANJURAN BAHAGIAN PENDAFTARAN, KEURUSETIAAN DAN REKOD (BPKR) JKSM

Pada 8 Julai hingga 10 Julai 2019, satu kursus Body Language anjuran BPKR telah diadakan di Bilik Latihan Syariah, Aras 4, JKSM.

Kursus yang dikendalikan secara profesional oleh Malaysia's Body Language Facilitators Program ini menampilkan seorang Master Trainer yang cukup berpengalaman iaitu Encik Shahrom Hassan yang merupakan seorang perunding latihan modal insan yang terkenal dengan gelaran sebagai Pakar Bahasa Badan. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sains Sosial Kemanusiaan (Psikologi Kaunseling) dari Univesiti Kebangsaan Malaysia.

Pada hari kedua kursus, para peserta berbesar hati menerima kunjungan YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang meluangkan masa memberi sedikit amanat kepada para peserta yang hadir.

Dalam amanat beliau, YAA Dato' Dr. telah menekankan mengenai kepentingan untuk kita sentiasa dahagakan ilmu bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi demi berkongsi dan memberi manfaat kepada orang lain.

YAA Dato' Dr. juga sempat beramah mesra dengan para peserta yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, pensyarah universiti, peguam kanan, pegawai sulh dan peguam-peguam syarie.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
9 Julai 2019

Lihat Gambar