KONVENSYEN PERUNDANGAN SYARIAH KE-5 TAHUN 2019 (KONVEP5)

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) menganjurkan Konvensyen Perundangan Jenayah Syariah ke-5 (KONVEP5) pada hari ini bertempat di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.

Konvensyen bertemakan "Jenayah Dibendung Pewaris Disanjung" dirasmikan oleh Timbalan Exco Agama Negeri Sembilan iaitu YB Ustaz Suhaimi Kassim; ADUN Lengggeng mewakili YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pada KONVEP5 kali ini, YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM diundang dan diberi penghormatan untuk menjadi salah seorang panel forum bertajuk "Pesalah Kanak-Kanak: Undang-Undang vs Kemanusiaan".

Antara objektif KONVEP5 ialah memberikan pendedahan dan pemahaman berkenaan isu-isu jenayah syariah yang melibatkan kanak-kanak disamping membuka ruang kepada para peserta memahami peruntukan undang-undang yang ada bagi perkara ini.

YAA Dato' Dr. turut mencadangkan tiga (3) usul yang bernas semasa forum berlangsung sekaligus menerima maklumbalas positif daripada kalangan peserta.

Para peserta terdiri dari pegawai Jabatan Pendakwaan Negeri-Negeri, JKSN Negeri-Negeri, Bahagian Penguatkuasaan Negeri-Negeri, Biro Bantuan Guaman Negeri Sembilan dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri-Negeri.

Turut hadir sebagai panel jemputan ialah YBhg. Prof. Dato' Noor Aziah binti Mohd Awal, Profesor Undang-Undang Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, Fakulti Undang-Undang UKM.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
9 Julai 2019

Lihat Gambar