KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 (AKTA 303) SIRI 2/2019 DI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

Satu kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 2/2019 telah diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada pagi ini.

Para peserta yang terdiri daripada Pendaftar-Pendaftar Nikah, Cerai, Dan Rujuk (PNCR) Wilayah Persekutuan, Pegawai Agama Wilayah Persekutuan, serta Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan.

Sekali lagi, para peserta berpeluang mempelajari ilmu tersebut dengan YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM sendiri iaitu YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar.

Kelas bacaan Akta ini telah dijalankan sejak tahun 2014 bertujuan untuk memberi pendedahan khusus berhubung dengan setiap seksyen di dalam akta 303.

Pengajian bersambung kepada tajuk di bawah seksyen 52 Akta iaitu fasakh, ulasan secara kritikal bil harfiah menjurus kepada 18 alasan perceraian secara fasakh selain terma-terma dan maksud-maksud ayat perceraian tersebut secara zahir.

Selain itu, dalam pengajian kali ini turut didatangkan contoh-contoh kes yang pernah diputuskan di Mahkamah Syariah mengikut alasan-alasan sepertimana terkandung dalam bab fasakh ini.

Kelas berlangsung sehingga jam 12 tengahari.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
10 Julai 2019

Lihat Gambar