MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA PADA 12 JULAI 2019

Perhimpunan kali ini dihoskan oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi JKSM dan dimulakan dengan bacaan doa dan alunan ayat-ayat suci al-Quran.

Seterusnya sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Encik Mohd Sharizan bin Mohd Shariff, Penolong Pengarah Kanan BTMK dengan tajuk: "Revolusi Perindustrian Keempat".

JKSM turut mengambil kesempatan di majlis ini dengan menyerahkan surat kenaikan pangkat kepada 2 orang pegawai syariah Gred Utama C iaitu Tuan Hj Ibrahim bin Deris dan Tuan Abas bin Nordin.

Majlis diakhiri dengan amanat dari YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang mana beliau menuntut seluruh warga JKSM agar bersedia melakukan pengorbanan dalam usaha membawa jabatan untuk lebih cemerlang di masa hadapan.

Setiap warga juga diseru agar sentiasa melakukan perubahan diri dan sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran dalam bidang kerja bagi membawa kecemerlangan kepada negara dan jabatan.

Lihat Gambar