PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN PEMAKAIAN KAEDAH PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF DALAM KAEDAH SULH DAN HAKAM DI MAHKAMAH SYARIAH

Satu pembentangan Kertas Cadangan Pemakaian Kaedah Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Kaedah Sulh Dan Hakam di Mahkamah Syariah oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5 JKSM hari ini.

Pembentangan tersebut diketuai oleh Dr. Nur Khalidah Dahlan di hadapan YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM. Antara panel UKM yang turut hadir ialah Prof. Madya Dr.Ramalinggam A/L Rajamanickam dan Dr. Muhamad Helmi Md Said.

YAA Dato’ Dr. juga sempat menzahirkan bahawa usaha sedang dijalankan oleh Seksyen Sulh JKSM untuk menyeragamkan kaedah-kaedah sulh. Justeru YAA Dato' Dr. mencadangkan kepada panel UKM supaya mengkaji aspek yang berlainan seperti kesesuaian mekanisma lain selain dari mediasi sulh sedia ada digantikan dengan mekanisma-mekanisma ADR yg lain. Secara dasarnya YAA Dato' Dr. amat menyokong kajian ini dan kerjasama yg dihasratkan oleh UKM dengan JKSM. Menurut YAA Dato’ Dr. lagi, kajian penambahbaikan kepada Sulh dan Hakam sedia ada amat selari dengan aspirasi beliau dalam mereformasikan pentadbiran Kehakiman Syariah.

Turut hadir Pengarah dan Pegawai Bahagian Dasar dan Penyelidikan JKSM.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
12 Julai 2019

Lihat Gambar