KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA PENGARAH PUSAT GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTI RASUAH NASIONAL

YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) pada pagi ini bertempat di Pejabat Ketua Pengarah GIACC, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Pada pertemuan kali ini, YAA Dato’ Dr. berkesempatan menjelaskan perihal struktur pentadbiran dan peranan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia khususnya bidangkuasa YAA Dato’ Dr. yang kini memegang dua portfolio sebagai Ketua Pengarah dan juga Ketua Hakim Syarie JKSM.

YAA Dato. Dr’ juga berpeluang mendapatkan pandangan dan penjelasan daripada YBhg. Tan Sri perihal pelaksanaan Corruption Risk Management (CRM) dan National Anti-Corruption Plan (NACP) di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

JKSM dijangka akan mengadakan  bengkel CRM pada 27-29 Ogos 2019.

NACP merupakan satu pelan khusus yang dirangka oleh GIACC bagi menangani pemasalahan rasuah, integriti dan tadbir urus di negara ini. Pelan tersebut telah dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Januari 2019 untuk dilaksanakan dan diterima pakai di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi termasuk mana-mana entiti berkaitan kerajaan.

YAA Dato’ Dr. berharap dengan wujudnya pelaksanaan OACP di JKSM dapat mempertingkatkan lagi integriti Jabatan dan Mahkamah-Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia sekaligus menangkis imej dan persepsi negatif yang sering dilabel oleh masyarakat terhadap Institusi Kehakiman Syariah di negara ini.

Harapan tersebut disambut baik oleh YBhg. Tan Sri yang turut berpandangan bahawa penekanan terhadap pemahaman berkaitan rasuah secara mendalam perlu dipergiatkan agar semua pihak memahaminya dengan lebih terperinci.
Turut hadir bersama; Puan Laila Busyra binti Hasan, Ketua Unit Integriti JKSM.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
15 Julai 2019

Lihat Gambar