MAJLIS AMANAT YAA KP/KHS JKSM BERSAMA WARGA JKSN JOHOR

Satu majlis amanat YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM bersama warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor telah diadakan pada pagi ini bertempat di Dewan Utama Bangunan JKSN Johor.

Majlis amanat ini dihadiri oleh YAA Ketua Hakim Syarie JKSN Johor, LA Johor, JBG Johor, Persatuan Peguam Syarie Johor serta pegawai dan kakitangan JKSN Johor.

YAA Dato' Dr. telah memulakan amanat dengan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAA KHS Johor atas pelantikan sebagai KHS Johor yang baharu berkuatkuasa pada 20 Mei 2018.

Dalam ucapan beliau, YAA Dato' Dr. juga menyentuh berkenaan moto CENDEKIA iaitu Cendekiawan, Ikhlas dan Amanah untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

Justeru adalah satu perkara yang sangat kritikal agar semua pihak bersama-sama berganding bahu dalam memastikan misi menjadikan Institusi Kehakiman Syariah sebagai institusi yang cemerlang dan berdaya saing menjelang 2025 tercapai.

Di akhir amanat beliau, YAA Dato' juga berkesempatan menyampaikan ucapan penghargaan kepada warga JKSN Johor yang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi sesuai dengan hasrat beliau yang berharap semua warga mahkamah sentiasa punyai semangat dahagakan ilmu pengetahuan.

JKSN Johor merupakan negeri bukan gunasama yang pertama yang dikunjungi secara rasmi oleh YAA Dato' Dr. sejak menduduki tampuk tertinggi JKSM.

Majlis selesai sepenuhnya pada jam 12.00 tengahari.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
17 Julai 2019

Lihat Gambar