MULTAQA AKBAR PANEL PENTASHIH PENTERJEMAHAN NAS SYARAK JKSM 2019

YAA Dato' Dr. Haji Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM mempengerusikan Multaqa Akbar Panel Pentashih Penterjemahan Nas Syarak JKSM siri-2 pada 17-18 Julai 2019 di Bilik Mesyuarat Eksekutif Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor.

Multaqa ini juga turut dihadiri oleh YAA Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, Tuan Hj. Muhammad Khaldun bin Mohammad Sharif dan ahli-ahli panel pentashih JKSM yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Syariah dan Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Multaqa yang dianjurkan oleh Bahagian Dasar dan Penyelidikan JKSM dengan kerjasama JKSN Johor ini berlangsung selama 2 hari, bertujuan untuk menyemak dan mentashih transliterasi kitab Furu' al-Masail dari teks jawi lama ke tulisan rumi serta diolah mengikut Bahasa Melayu moden khusus dalam bab talak sebagai bahan rujukan dan bacaan tambahan kepada seluruh Pegawai Syariah demi meningkatkan kefahaman dalam isu-isu perceraian di Mahkamah Syariah.

Semoga usaha ini dapat meningkatkan kerjasama antara negeri dan persekutuan serta dapat menghasilkan impak yang positif dalam memartabatkan institusi kehakiman Syar'iyyah di Malaysia.


BAHAGIAN DASAR DAN PENYELIDIKAN JKSM
18 Julai 2019

Lihat Gambar