MAJLIS PENYERAHAN SURAT LANTIKAN JK INDUK PROGRAM PENGKHUSUSAN PENGENDALIAN KES HADHANAH DAN NAFKAH SERTA PEWUJUDAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN DI MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN

Satu Majlis Penyerahan Surat Lantikan Jawatankuasa Induk Program Pengkhususan Pengendalian Kes Hadhanah dan Nafkah serta Pewujudan Bahagian Penguatkuasaan dan Pelaksanaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan  telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat,  Aras 9, JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.

Penyerahan surat lantikan telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mendahului senarai penerima selaku Pengerusi Jawatankuasa tersebut.

Program ini merupakan inovasi menambahbaik proses pendaftaran dan pengendalian kes di MSWP.

Program ini juga telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 8 Mei 2019 dan akan mula dilaksanakan pada Ogos 2019.

Enam belas (16) penerima yang lain adalah seperti berikut:

•    YAA Tuan Haji Ibrahim Bin Deris, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
•    YA Tuan Nasir Bin Abdul Aziz, Hakim, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan
•    YBhg Tuan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, Setiausaha Politik Kepada YB Datuk Seri Mujahid Bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
•    YBhg. Dr. Arik Sanusi bin Yeop Johari, Ketua Bahagian, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara.
•    YBhg. Dato Haji Abdul Aziz Bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
•    YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Binti Ya’akub, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Profesional Baitulmal
•    YBhg. Puan Hajah Noor Hadina Binti Ahmad Zabidi, Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
•    YBhg. Prof Madya Dr. Najibah Binti Mohd Zain, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
•    YBhg. Datuk Saidatu Akhma Binti Hassan, Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita
•    Y.Bhg. Datuk Abdul Aziz Bin Che Yacob, Pegawai Agama Istana Negara,  Bahagian Hal Ehwal Islam, Istana Negara.
•    Y.Bhg. Puan Izalina binti Hj. Abdullah, Pegawai Undang-undang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
•    YBhg. Tuan Musa Awang, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia
•    YBhg. Tuan Haji Fakhrul Azman Bin Abu Hassan, Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Wilayah Persekutuan)
•    YBrs. Tuan Muhammad Khairul  Nizzam Bin Kassim, Ketua Pendaftar, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
•    YBrs. Tuan Abdullah Zuhdee Bin Ab Halim, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan
•    YBrs. Puan Sharifah Sarah binti Syed Agil, Pembantu Tadbir, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan

Tahniah dan Syabas diucapkan!


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
19 Julai 2019

Lihat Gambar