SESI TAKLIMAT DAN LAWATAN MAHKAMAH HADHANAH DAN NAFKAH MSWP

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM diberi taklimat berkaitan gerak kerja dan perkembangan pelaksanaan Program Pengkhususan Pengendalian Kes Hadhanah dan Nafkah Serta Penubuhan Bahagian Penguatkuasaan dan Pelaksanaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) pada 19 Julai 2019.

Sesi taklimat ini diketuai oleh YAA Tuan Hj. Ibrahim Bin Deris, Ketua Hakim Syarie MSWP.
Melalui program ini, dua (2) dewan Mahkamah Tinggi Syariah (Bahagian Hadhanah dan Nafkah), dua (2) dewan Mahkamah Rendah Syariah (Bahagian Nafkah), Bahagian Penguatkuasaan dan Pelaksanaan, Bilik Hadhanah, Kaunter Pendaftaran Khas dan Bilik Lelong bakal dilancarkan.

YAA Dato' Dr. juga telah dibawa melawat ke lokasi-lokasi tersebut semasa sesi taklimat berlangsung.

Turut hadir menyertai sesi ini ialah YA Tuan Hj. Nasir bin Abdul Aziz, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Tuan Muhammad Khairul Nizzam bin Kassim, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sesi taklimat dan lawatan berakhir sekitar jam 9.45 pagi sejurus sebelum YAA Dato' Dr. menyertai panel rayuan bagi pengendalian kes rayuan di MSWP.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
19 Julai 2019

Lihat Gambar