PENJELASAN ISU FAST TRACK DALAM RANCANGAN MALAYSIA HARI INI (MHI) TV3

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM diundang dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 pada pagi ini bertempat di Studio Sri Pentas, Bandar Utama.

Fokus utama undangan ini adalah bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci daripada JKSM perihal isu yang sedang tular iaitu penceraian secara fast track samada ianya satu penyelesaian atau satu galakkan.

Dalam tempoh durasi 12 minit tersebut, YAA Dato' Dr. telah berpeluang menerangkan prosedur sebenar proses penceraian fast track ini berlaku di Negeri Selangor.

Secara undang-undangnya, Mahkamah hanya akan memberi kebenaran kepada suami untuk melafazkan talak apabila hakim berpuashati akan rundingan 'global settlement' yang telah diadakan.

Ini sekaligus memberi peluang kepada pasangan untuk mengalami proses penceraian yang lebih tenang dan damai sekaligus mengurangkan risiko tekanan kepada anak-anak.

Proses fast track ini juga memendekkan proses sedia ada yang dahulunya 3 bulan kepada enam (6) jam.

YAA Dato' Dr. juga menjelaskan bahawa fokus utama agensi sebenarnya adalah mencari jalan bagi mengukuhkan institusi perkahwinan dan kekeluargaan di kalangan masyarakat kita.

Namun sekiranya walaupun usaha yang dijalankan menemui jalan buntu, penceraian fast track tersebut adalah langkah yang sewajarnya perlu diambil.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
22 Julai 2019

Lihat Gambar