MESYUARAT PELAPORAN PELAN STRATEGIK AGENSI-AGENSI AGAMA (PSAA) BAGI KLUSTER 1 (PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN) BIL. 3/2019

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mempengerusikan Mesyuarat Pelaporan Pelan Strategik Agensi-Agensi Agama (PSAA) bagi Kluster 1 (Perundangan dan Kehakiman) Bil. 3/2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5 JKSM.

Antara intipati perbincangan ialah objektif JKSM sebagai pengelola kluster pertama daripada 7 kluster yang telah digariskan di bawah Pelan Strategik Agensi-Agensi Agama yang bermatlamatkan menjadikan Malaysia sebagai model pentadbiran Islam terunggul yang progresif dan inklusif menjelang 2025.

Mesyuarat hari ini turut membentangkan laporan bagi setiap sembilan intervensi di bawah kluster 1 yang membabitkan semua agensi di bawah kluster ini. Laporan tersebut adalah sehingga 30 Jun 2019.

Turut hadir wakil daripada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP), Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS WP), Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) JAKIM dan Bahagian Penyelarasan Undang-Undang (BPUU) JAKIM.


22 Julai 2019