KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YBHG. TAN SRI SHEIKH GHAZALI PENASIHAT SYARIAH JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali bin Hj. Ab. Rahman, Penasihat Syariah Jabatan Peguam Negara (AGC) pada hari ini bertempat di pejabat YBhg. Tan Sri di Aras 15, Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

YBhg. Tan Sri merupakan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang pertama dan menerajui JKSM selama sembilan (9) tahun dari tahun 1998 hingga 2007.

Kunjungan hormat yang berlangsung selama satu (1) jam tersebut membincangkan pelbagai isu antaranya penyeragaman undang-undang Syariah di seluruh negeri-negeri, kekangan tenaga pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah dan penyelarasan prosedur pentadbiran JKSM.

Intipati perbincangan juga turut menyentuh akan isu pemisahan kuasa (separation of power), libat urus dan pewujudan enakmen berasingan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP).

Dalam pertemuan itu juga, YAA Dato’ Dr. berkesempatan menjelaskan iltizam beliau untuk memastikan Institusi Kehakiman Syariah menjadi institusi yang unggul menjelang tahun 2025 selari dengan hasrat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pertemuan berakhir dengan penyerahan cenderahati tanda kenang-kenangan daripada JKSM.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
23 Julai 2019

Lihat Gambar