MESYUARAT KALI PERTAMA JAWATANKUASA INDUK PROGRAM PENGKHUSUSAN PENGENDALIAN KES HADHANAH DAN NAFKAH

Setelah penyempurnaan Majlis perlantikan Jawatankuasa Induk oleh YB Menteri pada 19hb Julai 2019, Mesyuarat Kali Pertama Jawatankuasa Induk Program Pengkhususan Pengendalian Kes Hadhanah dan Nafkah Serta Pewujudan Bahagian Penguatkuasaan dan Pelaksanaan di MSWP telah berlangsung pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5 JKSM.


Mesyuarat dipengerusikan oleh YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im Bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM.

Dalam mesyuarat ini Term Of Reference bg jk induk ini telah di muktamadkan seperti berikut:
Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan cadangan Pengkhususan Pengendalian Kes Hadhanah dan Nafkah di Mahkamah Tinggi Syariah dan Pengendalian Kes Nafkah di Mahkamah Rendah Syariah serta Pewujudan Bahagian Penguatkuasaan dan Pelaksanaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan berdasarkan perkenan YDPA, persetujuan MAIWP, keputusan Jemaah Menteri dan tempoh yang ditetapkan dalam Pelan Strategik Agensi Agama (PSAA) YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Jawatankuasa ini akan menjalankan fungsi seperti yang berikut:

1-Menubuhkan, menasihati dan memantau Jawatankuasa Kerja yang bersesuaian.
2-Menetapkan polisi, Standard Operating Procedure (SOP) dan peraturan yang berkaitan.
3-Melaksanakan sesi libat urus bersama agensi-agensi yang berkaitan.
4-Menyediakan kertas-kertas cadangan/makluman kepada pihak-pihak yang berkaitan.
Seterusnya ahli mesyuarat dibentangkan dengan kertas makluman oleh YBrs. Tuan Muhammad Khairul Nizzam Bin Kassim, Ketua Pendaftar MSWP.

Kertas makluman ini antara lain mengandungi latar belakang, objektif, kaedah pelaksanaan dan impak pelaksanaan program.

Selain itu perbincangan turut berkisar tentang perjawatan, logistik, libat urus dan carta perbatuan bagi melicinkan lagi pelaksanaan program ini yang dijangka akan mula dilaksanakan pada penghujung Ogos 2019.
Mesyuarat juga bersetuju untuk mendapatkan perkenan KBDYMM YDPA bagi merasmikan program ini.

Mesyuarat ditangguhkan ke 29 Ogos 2019.


23 Julai 2019

Lihat Gambar