KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YBHG. DATO' BANDAR KUALA LUMPUR (DBKL)

Satu kunjungan hormat oleh YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM ke atas YBhg. Dato' Nor Hisham Bin Ahmad Dahlan, Dato' Bandar DBKL diadakan pada jam 8.30 pagi bertempat di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Pertemuan selama 40 minit tersebut menjadi platform untuk kedua-dua agensi bertukar-tukar pandangan mengenai skop kerja, cabaran semasa dan bidang tugas masing-masing.

Untuk makluman, YAA Dato' Dr. dan YBhg. Dato' Bandar DBKL berganding bahu sebagai Ahli Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Dalam pertemuan ini juga, YAA Dato' Dr. memaklumkan bahawa Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan terpilih menjadi Tuan rumah penganjuran Sukan Mahkamah Syariah (SMS-5) di Wilayah Persektuan pada cadangan tarikh 12 hingga 14 Mac 2020.

Justeru, YBhg. Dato' Bandar DBKL bersetuju untuk membantu dan memberi kerjasama bagi menjayakan SMS-5 tersebut.

Beberapa cadangan tempat dan kemudahan penganjuran telah dicadangkan oleh pihak DBKL seperti Kompleks Sukan Setiawangsa, Kompleks Sukan Cheras dan Kompleks Sukan Setapak dan lain-lain.

Kesemua kompleks ini di bawah seliaan DBKL dan berkeupayaan memenuhi keperluan penganjuran 17 acara dlm SMS-5 ini.

Perbincangan berkaitan kerjasama ini akan disusuli dengan lawatan ke lokasi-lokasi yang dicadangkan oleh Jawatankusa Pelaksana  SMS-5 tersebut.

Turut hadir bersama kunjungan hormat ini ialah YBrs. Tuan Muhammmad Khairul Nizzam bin Kassim; Ketua Pendaftar MSWP merangkap Pengerusi Bersama JK Pelaksana SMS-5  dan YBhg. Tuan Abdullah Zuhdee bin Ab Halim; Hakim Mahkamah Rendah MSWP merangkap SU II JK Induk SMS-5.

Pertemuan berakhir dengan pertukaran cenderamata antara kedua-dua agensi.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
24 Julai 2019

Lihat Gambar