WAWANCARA RADIO BERNAMA BERSAMA YAA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah diundang dalam wawancara radio Bernama bertempat di Wisma Bernama, Kuala Lumpur.

Segmen 'Eksplorasi Khas' tersebut mengupas isu 'Rang Undang-Undang Guaman Syarie' dan ke udara secara langsung mulai jam 6.15 petang.

YAA Dato' Dr. menjelaskan tujuan penubuhan rang undang-undang tersebut merupakan salah satu inisiatif dan langkah kerajaan memartabatkan undang-undang syariah dan profesion guaman syarie.

Akta ini juga merupakan satu undang-undang khusus untuk mengawal selia segala amalan yang berhubungan dengan profesion guaman syarie.

Selain dapat mengangkat profesionalisme peguam syarie di negara ini, RUU ini juga dapat membantu menyelesaikan masalah ketidakseragaman dan ketidakselarasan amalan undang-undang di antara negeri.

Ia juga sekaligus mengangkat imej Mahkamah Syariah dan syiar Islam selaras dengan gagasan Rahmatan Lil'Alamin yang dibawa oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Segmen tersebut ke udara selama 45 minit dan dikelolakan oleh juruhebah Puan Hanie Hamid dan Encik Meor Adlan.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
24 Julai 2019

Lihat Gambar