MALAYSIAN GLOBAL CHINESE MUSLIM CONFERENCE 2019 (MGCMC 2019)

Satu penghormatan buat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) apabila YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah diundang sebagai tetamu kehormat bagi merasmikan First Malaysia Global Chinese Muslim Conference 2019 bertempat di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

MGCMC 2019 yang membawa tema "Empowering Chinese Muslims Towards Peace and Harmony" menghimpunkan para peserta yang bukan sahaja dari seluruh Malaysia malah daripada China, Indonesia, Thailand, Hong Kong dan Taiwan.

Persidangan ini diadakan sempena ulangtahun ke 25 Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) serta meraikan 45 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

Dalam ucaptama beliau yang telah disampaikan dalam Bahasa Inggeris tersebut, YAA Dato' Dr. merakamkan ucapan tahniah kepada para penganjur, penceramah dan para peserta yang hadir ke persidangan ini, menggambarkan semangat perpaduan muslim yang jitu walaupun terdiri daripada berbilang bangsa.

Malaysia membuktikan bahawa kepelbagaian atau perbedaan etnik bukan satu penghalang kepada pembentukan keamanan dan keharmonian sejagat.

Ini selari dengan konsep rahmatan lil'alamin yang yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Konsep ‘rahmatan lil alamin’ telah dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran melalui ayat 107, Surah al-Anbiya’ yang bermaksud: “Tidaklah Kami mengutuskan kamu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam”.

Penerapan nilai kasih sayang dalam diri sangat penting bagi menghindarkannya daripada menganiaya atau menzalimi orang lain.

YAA Dato' Dr. turut mengucapkan ucapan tahniah kepada Prof. Dr. Naresh Kumar (vegetarian hindu) dan Mr. Cheng Po Cen (Buddhist) yang merupakan penulis buku bertajuk "Islam Rahmat Untuk Semua".

Buku ini dilancarkan oleh YAA Dato' Dr. semasa majlis perasmian MGCMC 2019 tersebut.
YAA Dato' Dr. juga meluangkan masa mendengar ceramah bertajuk "Hui Muslim in China" daripada Mr. Jin Rubin (China Islamic Association).

Untuk makluman, 'Hui' merupakan suku kaum di negara China yg teramai menganuti Agama Islam iaitu seramai 15 juta orang.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
27 Julai 2019

Lihat Gambar