Ahad 20 Oktober 2019
Text Size

 

  • 1
  • 2
  • 1
  • 2

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah

 
Monday, October 21, 2019
 
Tuesday, October 22, 2019

Aktiviti/Program Jabatan

MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM SEMPENA KELAS HALAQAH TANWEER NUSUS AL SYAR'IYYAH

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM menyampaikan amanat kepada para peserta sempena Kelas Halaqah Tanweer Nusus Al Syar'iyyah pada jam 12.30 tengahari bertempat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kelas yang dianjurkan oleh Bahagian Dasar dan Penyelidikan (BDP) JKSM ini khusus mendalami topik Maqasid Syariah dan dihadiri oleh para peserta yang terdiri daripada Hakim Syarie, Pegawai Pendakwaan dan Peguam Syarie Persekutuan seluruh Malaysia.

Dalam amanat beliau, YAA Dato' Dr. menekankan motto CENDEKIA yang diperkenalkan semenjak menerajui tampuk kepimpinan JKSM.

Semangat sentiasa dahagakan ilmu sangat penting untuk diterapkan dalam diri semua pegawai syariah agar ianya dapat diaplikasikan dalam lapangan kerja masing-masing.

Ianya juga selari dengan hasrat YB Menteri di JPM yang menitik beratkan konsep rahmatan lil'alamin sebagai tunjang maqasid syariah.

Ilmu seumpama ini juga sebagai senjata bagi mendepani cabaran islamophobia untuk disebarluas kepada semua masyarakat.

Untuk makluman, kelas ini sudah berlangsung selama tiga (3) tahun.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
31 Julai 2019

Lihat Gambar

Carian Tag