Ahad 20 Oktober 2019
Text Size

 

  • 1
  • 2
  • 1
  • 2

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah

 
Monday, October 21, 2019
 
Tuesday, October 22, 2019

Aktiviti/Program Jabatan

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KEDUTAAN IRAQ DI MALAYSIA

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM menerima satu kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Dr. Hamed Al-Jeboori, Duta Iraq di Malaysia pada petang ini bertempat di Pejabat Ketua Pengarah, Aras 7, JKSM.

TYT Dr. Hamid yang juga merupakan bekas peguam memulakan sesi kunjungan dengan menyampaikan ucapan tahniah kepada YAA Dato’ Dr. atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie yang baharu berkuatkuasa 1 April 2019 yang lalu.

Di awal perbincangan, TYT Dr. Hamid menerangkan salasilah undang-undang syariah Iraq bermula pada tahun 1959. Undang-undang yang digubal pada tahun tersebut masih digunapakai sehingga ke hari ini yang memberi fokus kepada pembelaan nasib-nasib wanita khususnya dalam isu penceraian, iddah, nafkah dan poligami.

Di negara Iraq, sistem perundangan syariah digubal berdasarkan fahaman daripada setiap mazhab lalu disatukan dan diseragamkan menjadi satu undang-undang yang relevan dan terbaik.

YAA Dato’ Dr. turut menerangkan struktur perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia kepada TYT Dr. Hamid berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Walau bagaimanapun, JKSM dalam usaha menyeragamkan undang-undang negara ini menjelang hujung tahun 2020 selaras dengan pengumuman YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.

TYT Dr. Hamid juga berhasrat untuk mengadakan kerjasama dua hala antara kedua-dua institusi dalam masa terdekat ini. Salah satu idea yang dilontarkan ialah agar hakim-hakim syarie dari Iraq dan JKSM dapat bertemu, bertukar-tukar idea dan ilmu kepakaran masing-masing demi kebaikan dan manfaat kedua-dua pihak.

YAA Dato’ Dr. menyambut baik cadangan tersebut dan satu mekanisme yang sesuai akan dirangka bagi memastikan hasrat murni berkenaan menjadi realiti sekaligus dapat memperkukuhkan hubungan diplomasi antara kedua-dua negara.

Di akhir sesi, TYT Dr. Hamed sangat berbesar hati apabila dipelawa dan dibawa oleh YAA Dato’ Dr. melawat Mahkamah Moot yang ditempatkan di Aras 6, JKSM. Lawatan tersebut mengimbas kenangan manis TYT Dr. Hamed ketika beramal sebagai peguam satu ketika dahulu.

Turut hadir, Mr. Mustafa Kadhim Nazar Al-Rikabi, Setiausaha (ketiga) Kedutaan Iraq di Malaysia.

Pertemuan berlangsung selama satu (1) jam 15 minit.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
2 Ogos 2019

Lihat Gambar

Carian Tag