Sabtu 17 Ogos 2019
Text Size

 

  • 1
  • 2
  • 1
  • 2

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah

 
Tuesday, August 20, 2019
 
Tuesday, August 27, 2019

Aktiviti/Program Jabatan

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KETUA PENGARAH JABATAN BANTUAN GUAMAN KE ATAS KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM

YBrs. Puan Siti Salwa binti Musa, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang baharu mengadakan kunjung hormat ke atas YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pada jam 9.00 pagi tadi bertempat di Pejabat Ketua Pengarah. Aras 7, JKSM.

Kunjung hormat ini merupakan perjumpaan pertama diadakan antara kedua-dua ketua agensi sejak YBrs. Puan Siti Salwa menerajui tampuk pimpinan tersebut mulai 15 Julai 2019.

YBrs. Puan memulakan diskusi dengan merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian YAA Dato’ Dr. meluangkan masa menerima kunjungan hormat tersebut.

Isu-isu seperti kekosongan perjawatan, pemantapan kursus/latihan pegawai-pegawai syariah JBG dan peluang kenaikan pangkat turut dijadikan topik perbicangan sebentar tadi.

YAA Dato’ Dr. juga dimaklumkan bahawa JBG sedang menyediakan kertas cadangan untuk menaik taraf jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) Gred LS54 kepada Gred Jusa C untuk pertimbangan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Besar harapan agar pertemuan ini merupakan satu langkah yang baharu dalam memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua agensi sekaligus memberikan impak yang positif dalam perkembangan Institusi Kehakiman Syariah negara.

Turut hadir, Tuan Mohd Zulbahrin Bin Zainuddin; Timbalan Ketua Pengarah (Sivil) JBG dan Tuan Muhamad Abdul Karim Bin Wahab;     Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) JBG.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
6 Ogos 2019

Carian Tag