Sabtu 17 Ogos 2019
Text Size

 

  • 1
  • 2
  • 1
  • 2

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah

 
Tuesday, August 20, 2019
 
Tuesday, August 27, 2019

Aktiviti/Program Jabatan

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PERTUBUHAN RAHMATAN LIL 'ALAMIN KUALA LUMPUR

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM menerima satu kunjungan hormat daripada Pertubuhan Rahmatan Lil 'Alamin Kuala Lumpur pada jam 11.15 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah Kanan Pengurusan, Aras 7, JKSM.

Di awal sesi, wakil-wakil NGO seramai 12 orang tersebut diberi penerangan oleh YAA Dato' Dr. perihal struktur pentadbiran dan fungsi JKSM.  YAA Dato’ Dr. juga menjelaskan perihal peranan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Bahagian berkenaan dalam membantu bekas-bekas isteri dalam menguatkuasakan perintah nafkah anak terhadap bekas-bekas suami yang culas akan tanggungjawabnya.

Pencerahan tentang peranan BSK ini ternyata menarik minat semua delegasi yang hadir dan merasakan adalah tanggungjawab mereka untuk membantu JKSM mewar-warkan perkhidmatan yang disediakan kepada semua wanita yang tertindas.

Hasrat pertubuhan ini disambut baik oleh YAA Dato’ Dr. yang berharap kolaborasi antara JKSM dengan NGO-NGO seperti ini dapat menyebarluaskan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di JKSM sekaligus memastikan semua orang Islam mendapat hak dan keadilan masing-masing mengikut undang-undang.

Jalinan ukhwah ini juga dapat mempertahankan imej dan lambang Agama Islam sekaligus Institusi Kehakiman Syariah Malaysia akan dipandang tinggi bukan sahaja oleh orang Islam malah orang bukan beragama Islam.

Ini selari dengan konsep idea rahmatan lil’alamin YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertunggakkan maqasid syariah.

Di akhir sesi, YAA Dato’ Dr. juga mengambil kesempatan kesempatan menjawab beberapa pertanyaan daripada wakil-wakil yang hadir. Antara isu yang yang dibangkitkan adalah perihal prosedur pernikahan tanpa izin di luar negara, talak, ruju’, nusyuz dan lain-lain.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
6 Ogos 2019

Carian Tag