INAUGURAL BOOK DISCUSSION – AN INTELLECTUAL DISCOURSE ON “ISLAMIC LAW IN MALAYSIA”

YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM diundang sebagai tetamu kehormat sempena Program Inaugural Book Discussion – An Intellectual Discourse On “Islamic Law In Malaysia” bertempat di Jalan Ilmu, Off Jalan Universiti, Kuala Lumpur.

Program anjuran International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia dan The Malaysian Current Law Journal (CLJ) ini membincangkan buku “Islamic Law In Malaysia- Issues, Development and Challenges” hasil nukilan Prof. Madya Mohamed Azam Mohamed Adil dan Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali; masing-masing merupakan Timbalan CEO IAIS dan Founding CEO IAIS.

Tiga orang panel yang terdiri dari para cendekiawan telah diundang sebagai tetamu jemputan bagi mengupas dan mengulas intipati buku tersebut iaitu:
 
•    YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi
Holder of the Tunku Abdul Rahman Chair,
Fakulti Undang-Undang , Universiti Malaya

•    YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Zaleha Binti Kamaruddin
Pensyarah Fakulti Kulliyah Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa

•    YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Hidayat bin Buang
Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Universiti Malaya

Buku ini membincangkan aspek-aspek undang-undang dan amalan Islam yang membabitkan umat Islam dan bukan Islam dalam suasana berbilang agama di Malaysia mengikut perspektif sistem undang-undang sivil.

Para penulis sangat kritis dan dan ilustratif dan kadang-kadang secara intelektual provokatif dalam menyampaikan isu-isu yang diketengahkan dalam buku ini untuk santapan minda para pembaca.

Tahniah diucapkan!


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
6 Ogos 2019

Lihat Gambar