Jumaat 13 Disember 2019
Text Size

 

  • 1
  • 2
  • 1
  • 2

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah

 
Friday, December 13, 2019
 
Tuesday, December 17, 2019

Aktiviti/Program Jabatan

TEMUBUAL RADIO NASIONAL FM BERSAMA YAA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hadir sebagai tetamu undangan dalam temubual 'live' Nasional FM pagi ini bertempat di Wisma Radio, Angkasapuri Kuala Lumpur.

Bahagian Sokongan Keluarga JKSM menjadi topik perbincangan pada wawancara kali ini.

Pelbagai kupasan menarik diperdengarkan kepada pendengar Nasional FM antaranya perihal sejarah penubuhan , peranan dan fungsi JKSM.

Antara bantuan-bantuan BSK yang disediakan kepada para isteri yang teraniaya ialah:

• Pendahuluan nafkah selama 6 bulan (bagi yang layak) sementara menanti kes penguatkuasaan perintah selesai.

• Bantuan guaman syarie secara percuma (kecuali WP, Selangor & Johor di mana JBG akan mewakili bekas isteri).

• BSK Transit iaitu penginapan sementara (termasuk makan minum & pengangkutan) secara percuma bagi menghadiri perbicaraan (bagi yang layak).

Berdasarkan Statistik BSK bagi tahun 2018, sebanyak 1328 kes daripada 2193 kes telah berjaya diselesaikan melalui proses runding cara. Manakala sebanyak 850 kes daripada 1984 kes melalui tindakan Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah di Mahkamah Syariah.

Besar harapan YAA Dato' Dr. agar perkhidmatan yang disediakan oleh BSK sejak tahun 2008 ini disebarluaskan agar semua pihak mendapat manfaat dan kebaikan sekaligus membela nasib pihak-pihak yang teraniaya terutamanya kanak-kanak.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
7 Ogos 2019

Lihat Gambar

Carian Tag