Ahad 20 Oktober 2019
Text Size

 

  • 1
  • 2
  • 1
  • 2

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah

 
Monday, October 21, 2019
 
Tuesday, October 22, 2019

Aktiviti/Program Jabatan

RETREAT SEMAKAN PELAPORAN SETENGAH TAHUN 2019 PELAN INTERVENSI KLUSTER AGENSI AGAMA PERSEKUTUAN

Pembentangan YAA Dato. Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie selaku Ketua Kluster 1 Kehakiman dan Perundangan dalam Retreat Semakan Pelaporan Setengah Tahun 2019 Pelan Intervensi Kluster Agensi Agama Persekutuan (PIKAP) Bersama YB Menteri di JPM (Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Kluster 1 terdiri daripada JKSM, MSWP, JAPENS WP, Bahagian Undang2 (BUU) dan Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) JAKIM.

Pencapaian setengah tahun Kluster 1 adalah 63.28%. YBM mengucapkan tahniah dan menggambarkan Kluster 1 ini sangat dekat dengan masyarakat dan mencadangkan beberapa elemen penambahbaikan, elemen intervensi dalam Kluster 1 antaranya penerapan penghakiman  berbentuk  rehabilitatif berbanding punitif, menggiatkan pelaksanaan intervensi pemantapan kompetensi pegawai syariah serta memperhalusi dan menyebar luas SOP penguatkuasaan.  

Retreat ini berlangsung selama 3 hari bermula 7 - 9 Ogos 2019 di Cherengin Hills Resort, Janda Baik, Pahang Darul Makmur.

Keseluruhannya PIKAP ini berperanan sebagai instrumen untuk menggerakkan semua Agensi Agama Persekutuan bagi mencapai gagasan RAHMAH yang digariskan oleh Kerajaan.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
8 OGOS 2019

Lihat Gambar

Carian Tag