PROGRAM KHIDMAT NASIHAT DAN PROMOSI BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) SEMPENA MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1441H / 2019M ANJURAN JABATAN AGAMA WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

KUALA LUMPUR - Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM telah dijemput sebagai pempamer Sempena Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1441H / 2019M bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 November 2019 (Jumaat) bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Majlis Perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh YB Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).


Sepanjang pameran berlangsung, urus setia yang bertugas memberi khidmat nasihat berkaitan nafkah, mutaah dan promosi mengenai JKSM amnya dan BSK khasnya kepada pengunjung yang datang ke ruang pameran.