PROGRAM NAZIRAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK), JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) KE BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA SEKSYEN NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM – Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan program Naziran di BSK Seksyen Negeri Selangor pada 27 November 2019 (Rabu). Program tersebut telah disertai oleh 5 orang pegawai dari BSK Ibu Pejabat yang diketuai oleh Tuan Shamsuddin bin Hussain, Pengarah BSK JKSM. Pelaksanaan program ini merupakan perancangan tahunan JKSM bagi tahun dan kesinambungan program pada tahun yang lalu.


Objektif pelaksanaan program Naziran ini antaranya bertujuan untuk memantau, mengenalpasti kekuatan dan kelemahan serta mengukur tahap pencapaian dalam gerak kerja BSK Seksyen Negeri. Kaedah atau mekanisme yang digunakan adalah antaranya melalui pemeriksaan dan penilaian dokumen serta sesi temubual.


Diharapkan agar dapatan hasil penemuan Naziran ini dapat membantu BSK Seksyen Negeri dalam menilai kekuatan dan kelemahan mengikut penanda aras yang telah ditetapkan dan seterusnya meningkatkan berusaha untuk memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan dengan lebih berkesan.