Ahad 24 Oktober 2021
Text Size

 

  • 1
  • 2
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6

Pengumuman

 

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA


 

LAPORAN PERTUKARAN & PENEMPATAN PEGAWAI JKSM/JKSN/MSN SEPTEMBER


 

JADUAL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN & PSL 2021


 

Penjualan Jurnal Hukum dan buku terbitan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) adalah ditutup buat sementara waktu sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Hubungi kami melalui e-mel penerbitan@esyariah.gov.my untuk tempahan atau pertanyaan.

Segala kesulitan amatlah dikesali.


 

TEKS UCAPAN: WACANA KETUA PENGARAH/KHS JKSM 2021


 

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah

 
Friday, October 29, 2021

Aktiviti/Program Jabatan

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI MAHKAMAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH (BUKIT MERTAJAM)

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini berkesempatan menyaksikan Majlis Penyerahan Kunci Mahkamah Syariah Daerah Seberang Perai Tengah (Bukit Mertajam) oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang, Tuan Ir. Roslan bin Ismail kepada Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, YAA Tuan Abdullah Abdul Karim bin Wahab.

YAA Dato' Dr. yang kebetulan berada di utara selama dua hari untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kehakiman Syariah Negeri Perak telah hadir secara mengejut bagi menyaksikan sendiri majlis bersejarah tersebut yang diadakan di ruang lobi bangunan.

Usai majlis penyerahan, YAA Dato' Dr. dan para jemputan dibawa melawat ke seluruh bangunan tersebut bagi melihat struktur dan rekabentuk bangunan.

Pengoperasian bangunan mahkamah tersebut sememangnya dinanti-nantikan oleh warga kerja JKSN Pulau Pinang bagi memudahkan urusan pengendalian kes susulan pertambahan kes di sana.

Untuk rekod, bangunan mahkamah syariah tersebut merupakan bangunan tiga (3) tingkat di atas sebahagian lot 2198, Mukim 10, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang manakala kontraktor yang dilantik adalah Syarikat Dimensi Utama Construction Sdn Bhd.

Diharapkan dengan beroperasinya mahkamah syariah ini dapat meningkatkan lagi produktiviti warga kerja JKSN Pulau Pinang dalam usaha mengangkat martabat mahkamah syariah ke peringkat yang lebih tinggi.

Carian Tag