KUNJUNG HORMAT KE ATAS SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)

8 Januari 2021: YAA Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah berkesempatan membuat kunjungan hormat ke atas Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bertempat di Menara Usahawan Putrajaya.

Kunjung hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan di antara kedua-dua agensi selain berkongsi pandangan dan pendapat berhubung prinsip integriti dan disiplin kerja yang perlu diamalkan oleh seluruh penjawat awam.

YABhg Tan Sri turut mengingatkan agar Ketua Perkhidmatan sentiasa bersikap telus serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai yang melakukan kesalahan serta melanggar etika sebagai penjawat awam.

YABhg Tan Sri turut menyentuh tentang prinsip kepentingan "whiter than white" dalam soal integriti lebih-lebih lagi apabila sesuatu isu yang timbul itu melibatkan agensi agama di Malaysia.

Pertemuan ini juga turut disertai oleh YBrs Ketua Pendaftar, Tn Haji Nassir Abd Aziz dan Ketua Unit Integriti, Puan Salwani Khalid, serta Pegawai Khas, Tuan Abdul Fattah Dato' Kamarudin.