Ahad 24 Oktober 2021
Text Size

 

  • 1
  • 2
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6

Pengumuman

 

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA


 

LAPORAN PERTUKARAN & PENEMPATAN PEGAWAI JKSM/JKSN/MSN SEPTEMBER


 

JADUAL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN & PSL 2021


 

Penjualan Jurnal Hukum dan buku terbitan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) adalah ditutup buat sementara waktu sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Hubungi kami melalui e-mel penerbitan@esyariah.gov.my untuk tempahan atau pertanyaan.

Segala kesulitan amatlah dikesali.


 

TEKS UCAPAN: WACANA KETUA PENGARAH/KHS JKSM 2021


 

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah

 
Friday, October 29, 2021

Aktiviti/Program Jabatan

WACANA KETUA PENGARAH/KHS JKSM, YAA DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD. NA’IM BIN HJ. MOKHTAR

3 Februari 2021: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia hari ini telah menganjurkan Program Wacana Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex.

Wacana yang disertai oleh pegawai-pegawai dan staf sokongan di JKSM/JKSN/MSN/Kader ini bertujuan mendengar visi dan misi YAA Dato' Setia Dr. dalam mengemudi JKSM sepanjang tahun 2021 dengan bertemakan ‘Wahdatul Fikr: Pemangkin Keutuhan Perundangan dan Kehakiman Syariah”.

Memulakan ucapan, YAA Dato' Setia Dr. menekankan bahawa kesatuan fikiran dan kebersamaan dalam melakukan tindakan amatlah diperlukan bagi mewujudkan satu organisasi dan jabatan yang cekap dan mantap.

Dalam menggerakkan pentadbiran JKSM, asas kepada strategi pelaksanaan dan hala tuju JKSM adalah berteraskan Dasar Manhaj Rabbani yang diumumkan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.

Dasar tersebut adalah sebagai tunjang sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi agama kepada masyarakat dan bercirikan kepada aspek thaqafah (keilmuan), ruhaniyyah (kerohanian) dan dakwah (aktivitisme) yang perlu digabung jalin bersama gagasan negara untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Sustainable Development Goal.

YAA Dato' Setia Dr. turut menyatakan bahawa JKSM telah mengatur 4 pelan strategik utama yang mengandungi 13 strategi dan 65 program sepanjang 2021-2025 untuk dilaksanakan bagi memperkasakan JKSM/JKSN/MSN di seluruh Malaysia. 4 Teras Strategik yang ditetapkan ialah:

(i) Peningkatan keberkesanan tadbir urus dan kecekapan penyampaian perkhidmatan;

(ii) Pengukuhan sistem kehakiman dan perundangan Syariah di Malaysia;

(iii) Pendigitalan pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah; dan

(iv) Pembangunan jaringan kerjasama strategik dengan agensi berkepentingan bagi mempertingkatkan kualiti dan profesionalisme pengurusan dan penyampaian perkhidmatan.

YAA Dato' Setia Dr. turut menyeru agar JKSN/MSN untuk memperkukuh peranan Unit Komunikasi Korporat di Jabatan masing-masing serta bersikap responsif terhadap segala isu atau tohmahan yang dibangkitkan oleh masyarakat terhadap institusi kehakiman Syariah.

Para pegawai diingatkan agar menjaga lidah dan tulisan masing-masing serta tidak mengaibkan dan menyebarkan berita palsu, apatah lagi apabila melibatkan penyebaran dokumen-dokumen rahsia dan sulit jabatan kepada tatapan umum.

Akhir sekali, YAA Dato' Setia Dr. menyeru untuk semua pihak bersatu hati, berpaksikan wahdatul fikr dan wahdatul amal sebagai pemangkin ke arah keutuhan sistem perundangan dan kehakiman Syariah bagi memastikan 4 Teras Strategik yang dirancang untuk dilaksanakan sepanjang 2021 hingga 2025 dapat direalisasikan dengan cemerlang.

Teks Ucapan Penuh Klik Di sini

 

Carian Tag