LAPORAN PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) SEKSYEN NEGERI PERLIS DAN NEGERI SEMBILAN

10 Mac 2021 - Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Seksyen Negeri Perlis pada hari ini telah menyaksikan penyelesaian tunggakan nafkah yang dibayar secara tunai oleh Penghutang Penghakiman sebanyak RM5,560.00.

Penyelesaian tunggakan turut direkodkan oleh BSK Seksyen Negeri Sembilan melalui Notis Penghakiman di mana Penghutang Penghakiman telah berjaya menyelesaikan tunggakan sebanyak RM4,130.00 yang dibayar secara pindahan wang.

Satu penyelesaian tunggakan melalui Saman Penghutang Penghakiman turut direkodkan oleh BSK Seksyen Negeri Sembilan pada hari ini dengan penyelesaian sebanyak RM9,800.00.

BSK selaku agensi yang bertanggungjawab menguatkuasa dan melaksana perintah nafkah dan mut’ah, sentiasa komited dalam membantu para ibu tunggal dan anak-anak yang diabaikan nafkah untuk mendapatkan kembali hak yang dinafikan.