KURSUS ENAKMEN UNDANG- UNDANG KELUARGA ISLAM

9 Mac 2021: Bahagian Latihan JKSM telah menganjurkan Kursus Undang-Undang Keluarga Islam secara dalam talian yang diadakan pada 8 Mac hingga 9 Mac 2021.

Peserta kursus kali ini disertai seramai 112 orang pegawai syariah yang berkhidmat di Bahagian Sulh, Jabatan Bantuan Guaman , Bahagian Sokongan Keluarga Negeri- Negeri dan pegawai Syariah JKSM.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi kemahiran kepada peserta kaedah dlmembaca dan merujuk peruntukan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri- negeri dan memberi pendedahan prinsip undang- undang Keluarga Islam berdasarkan keputusan kes Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah

Slot pertama kursus ini dikendalikan oleh Tuan Zulfikri bin Yasoa (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor) manakala slot kedua dikendalikan oleh Tuan Kamal Bashah bin Dato Haji Tajuddin (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan).