Jumaat 25 Jun 2021
Text Size

 

  • 1
  • 2
  • 1
  • 2
  • 3

Pengumuman

 

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Jabatan bagi Tahun 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak

Segala kesulitan amatlah dikesali.


 

Penjualan Jurnal Hukum dan buku terbitan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) adalah ditutup buat sementara waktu (dari 25 Mei 2021 - 28 Jun 2021).

Segala kesulitan amatlah dikesali.


 

JADUAL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN & PSL 2021


 

LAPORAN PERTUKARAN & PENEMPATAN PEGAWAI JKSM/JKSN/MSN


 

TEKS UCAPAN: WACANA KETUA PENGARAH/KHS JKSM 2021


 

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah

 
 

Aktiviti/Program Jabatan

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN TATATERTIB PENJAWAT AWAM

22 – 24 Jun 2021 | Unit Integriti dengan kerjasama Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Tatatertib Penjawat Awamyang diadakan secara atas talian melalui aplikasi Cisco Webex.

Kursus ini telah diadakan selama 3 hari yang disertai oleh Ketua-Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah, Pegawai-Pegawai Integriti di JKSM/ JKSN/ MSN, Hakim-Hakim Syarie, Ketua/ Pendakwa Syarie Negeri-Negeri seluruh Malaysia dan kakitangan sokongan serta 19 orang Pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemahaman kepada peserta Kursus mengenai peraturan, pengurusan dan prosedur tindakan tatatertib dalam perkhidmatan awam.

Kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah berpengalaman daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu Puan Eizan Azura binti Zainudin, dua orang Pegawai daripada Jabatan Peguam Negara iaitu Tuan Zawawi bin Ghazali dan Puan Zuriyati binti Mohd Noor serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) iaitu Puan Rosaniza binti Omar.

Kursus ini telah dimulai dengan kata pembuka Pengacara Majlis dan seterusnya ucapan aluan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Dalam ucapan aluan tersebut, YAA Dato’ Setia Dr. menyatakan bahawa Kursus seperti ini amat penting untuk diadakan kerana merangkumi semua perkara yang perlu diketahui oleh semua pegawai dan kakitangan khususnya oleh Ketua-Ketua Unit Integriti dan Ketua-Ketua Pendaftar yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal integriti dan tatatertib di Jabatan masing-masing.

YAA Dato’ Setia Dr. mengharapkan agar peranan pegawai integriti bukan hanya dilihat terhad sebagai pelaksana tatatertib semata-mata, bahkan turut perlu memainkan peranan sebagai agen pengubah dan agen penyatuan yang boleh mengubah minda dan persepsi warga kerja ke arah kebaikan.

Pada sesi pagi hari pertama, Kursus dimulakan oleh penceramah daripada JPA di mana Para peserta telah diberi penekanan dan pemahaman terhadap tafsiran pegawai awam, tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam serta penubuhan dan fungsi Lembaga Tatatertib.

Pada hari kedua Kursus pula, para peserta telah diberi pencerahan mengenai denganprosedur kes tidak hadir bertugas dan prosedur jenayah dan tahanan (Perintah Tahan Kerja Dan Perintah Gantung Kerja). Para peserta juga diberikan penerangan oleh penceramah daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai dengan bagaimana cara penyediaan dokumen tatatertib dan surat pertuduhan yang betul.

Seterusnya pada hari terakhir Kursus, para peserta diberi pemahaman berkenaan dengan prosedur surcaj dan hukuman tatatertib serta implikasinya terhadap perkhidmatan yang disampaikan oleh penceramah daripada AGC.

Kursus selama 3 hari ini diakhiri dengan pembentangan oleh penceramah daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)berkaitan dengan prosedur rayuan tatatertib dan kesilapan lazim dalam pengurusan tatatertib.

Sepanjang kursus ini berlangsung, para peserta dan penceramah telah dapat mewujudkan komunikasi dua hala di mana pelbagai isu dan persoalan telah dibangkitkan dalam usaha untuk mendapatkan praktis terbaik agar pengurusan hal ehwal integriti dan tatatertib dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

KURSUS UNDANG-UNDANG KETERANGAN: KETERANGAN LISAN (PEMAHAMAN)

24 Jun 2021: Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah menganjurkan Kursus Undang-Undang Keterangan: Keterangan Lisan (Pemahaman) yang disertai oleh seramai 89 orang Pegawai-pegawai Pendakwa dan Penolong Pegawai Pendakwa Syarie dari seluruh Malaysia. Kursus ini telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Cisco Webex bermula pada 22 hingga 24 Jun 2021.

Objektif penganjuran kursus kali ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pendakwa-pendakwa Syarie kepada semua peruntukan Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah dalam pengunaan prinsip undang-undang berkaitan keterangan lisan bagi proses penentuan keberkaitan, penerimaan, penandaan dan menyokong fakta kes.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan, iaitu Prof Madya Dr Ramalinggam A/L Rajamanickam, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kaedah penyampaian oleh penceramah jemputan kali ini dilihat dapat menarik minat para peserta. Penglibatan para peserta kursus kali ini amat memberangsangkan apabila wujud interaksi dan komunikasi dua 2 hala dengan pelbagai isu dan persoalan yang diperbincangkan bersama dalam usaha mempertingkatkan pemahaman dalam Undang-undang keterangan.

Adalah diharapkan agar para peserta mendapat manfaat dan pencambahan ilmu sepanjang kursus ini berlangsung yang dapat memberikan nilai tambah kepada para peserta dalam menjalankan amanah dan tugasan mereka sebagai Pendakwa Syarie di seluruh Malaysia. Semoga penganjuran kursus seumpama ini juga mampu menyumbang kepada usaha memperkasakan dan memartabatkan institusi kehakiman dan perundangan Syariah di Malaysia.

 

KURSUS PENGUATKUASAAN & PELAKSANAAN PERINTAH SIRI 2

24 - 25 Jun 2021 | Bahagian Latihan telah menganjurkan Kursus Penguatkuasaan & Pelaksanaan Perintah Siri 2 yang disertai oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah. Kursus ini telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Cisco Webex.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Arif Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Naím bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Di dalam ucapan perasmian Yang Amat Arif Dato’ Setia Dr. memberi penekanan bahawa Hakim adalah individu yang penting dalam menentukan keadilan kepada pihak-pihak bukan sekadar hanya mengeluarkan perintah di atas kertas tetapi turut memastikan perintah tersebut dipatuhi agar matlamat perintah tersebut dapat dicapai.

Kursus telah diisi dengan sesi perkongsian oleh oleh YA Dato’ Haji Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, JKSM dan Tuan Mohd Hirman Bin Ab Raub, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Klang.

Pada hari pertama kursus ini, Tuan Mohd Hirman Bin Ab Raub telah berkongsi pengalaman bersama peserta mengenai peruntukan serta peraturan yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah yang terdapat di dalam undang-undang serta pemakaiannya di Mahkamah Sivil manakala pada hari kedua para peserta telah berkongsi pandangan mengenai penguatkuasaan perintah berdasarkan keputusan-keputusan Mahkamah Rayuan Syariah bersama YA Dato’ Haji Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid.

Di sepanjang kursus berjalan, para peserta dan penceramah telah dapat mewujudkan komunikasi dua 2 hala dengan pelbagai isu dan persoalan dibincang bersama-sama dalam usaha untuk mencari praktis terbaik agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

 

LAPORAN MUZAKARAH PEMAHAMAN ARAHAN AMALAN MAHKAMAH SYARIAH TAHUN 2020 ZON TIMUR DAN SELATAN

24 Jun 2021 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN)/ Mahkamah Syariah Negeri (MSN) Zon Timur (Kelantan, Pahang dan Terengganu) dan Zon Selatan (Melaka, Negeri Sembilan dan Johor) telah menganjurkan Muzakarah Pemahaman Arahan Amalan Mahkamah Syariah Tahun 2020 yang diadakan secara atas talian melalui aplikasi Cisco Webex.

Muzakarah ini mendapat sambutan dengan kehadiran seramai 230 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai Syariah dan kakitangan sokongan JKSN/MSN, Jabatan Pendakwaan Syariah, Pejabat Penasihat Undang-undang dan Jabatan Bantuan Guaman bagi Zon Timur dan Zon Selatan. Turut dihadiri oleh Ketua Hakim Syarie JKSN/MSN, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan dan Pengarah JBG Negeri-negeri.

Tujuan muzakarah ini diadakan ialah untuk memberi penerangan dan kefahaman berkaitan dengan arahan amalan yang dikeluarkan khususnya bagi tahun 2020. Muzakarah ini telah dibentangkan oleh Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod, JKSM dan Tuan Muhamad Yusro bin Borhan Nordin.

YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah memberikan ucapan aluan pada program tersebut. Dalam ucapan aluan tersebut, YAA Dato’ Setia Dr. menyatakan pada tahun 2020, sebanyak 10 Arahan Amalan telah dikeluarkan. Untuk makluman, semenjak tahun 2000 sehingga tahun 2020 sebanyak 220 Arahan Amalan telah dikeluarkan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 39 Arahan Amalan telah dibatalkan. Ini bermakna sebanyak 181 Arahan Amalan yang sedang berkuatkuasa.

YAA Dato’ Setia Dr. turut mengakui bahawa pemakaian Arahan Amalan adalah penting demi menyeragamkan dan melicinkan urusan pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia. Arahan Amalan yang telah lama diterima pakai di JKSN/MSN ini adalah suatu arahan pentadbiran berkaitan perundangan dan kehakiman yang bertujuan memastikan motto “Syariah Asas Keadilan” dapat direalisasikan. Justeru, pemahaman terhadap kesemua Arahan Amalan adalah sangat dituntut agar pemakaian arahan amalan tersebut dapat diguna pakai secara optimum.

Arahan Amalan juga dapat menyelesaikan dan mengatasi banyak isu-isu ketidakseragaman pemakaian undang-undang dan lakuna di dalam pentadbiran kehakiman dan perundangan di Mahkamah Syariah seterusnya menjamin keadilan kepada pihak-pihak.

YAA Dato’ Setia Dr. turut memaklumkan bahawa JKSM sedang berusaha untuk mencadangkan pindaan ke atas Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] untuk memasukkan peruntukkan berkenaan Arahan Ketua Hakim Syarie di mana di dalam pindaan tersebut menyatakan bahawa Ketua Hakim Syarie boleh dari semasa ke semasa memberi arahan berhubung dengan tatacara Mahkamah Syariah, sebagaimana yang difikirkannya perlu. Untuk makluman, peruntukan seumpama itu telah dimasukkan di dalam Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pindaan) 2020 Negeri Pahang.

Keperluan kepada peruntukkan tersebut di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pahang dan Enakmen Mahkamah Syariah Perak serta usaha untuk meminda Akta 505 tersebut bertujuan memastikan arahan-arahan amalan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk Arahan Amalan, kemudiannya diendors oleh YAA Ketua-Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri tidak dipertikai malah dihormati untuk diamalkan.

YAA Dato’ Setia Dr. menyeru dan mengharapkan agar Arahan Amalan yang telah diterima dapat dikuatkuasakan perlaksanaannya di seluruh negeri dan dapat diamalkan ketika berurusan di Mahkamah Syariah kerana pemakaiannya adalah penting demi menyeragamkan dan melicinkan urusan pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

 

Carian Tag