Sabtu 17 Ogos 2019
Text Size

 

“THE SHERIFF” RANGKUL EMAS DALAM KONVENSYEN MALAYSIAN PRODUCTIVITY CORPORATION(MPC) WILAYAH PANTAI TIMUR 2016

24 OGOS 2016, KOTA BHARU- “The Sheriff” iaitu kumpulan Inovasi Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga Negeri Melaka(SBSK) telah berjaya merangkul Anugerah Emas dalam pertandingan Konvensyen Team Excellent anjuran Malaysian Productivity Corporation(MPC) Wilayah Pantai Timur 2016. Konvensyen tersebut telah diadakan pada 23-24hb Ogos 2016(Selasa-Rabu) bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu Kelantan. “The Sheriff” telah dianggotai oleh Empat(4) orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan SBSK Negeri Melaka iaitu Tuan Mohamad Norshahnizam Bin Norizan(Penolong Pengarah), Zainal Abidin Bin Mohd Hidzir(Pen.Pegawai Syariah), Muhammad Afiq Bin Ab Samat(Pen.Pegawai Syariah) dan Mohd Nazri Bin Mohamad@Yusop(Pembantu Syariah) serta seorang pemerhati yang mewakili Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Peserta pertandingan terdiri daripada 63 kumpulan yang mewakili badan/agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun dalam konvensyen tersebut yang telah diadakan selama dua(2) hari.

Majlis penutupan Konvensyen tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Chua Tee Yong(Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan dihadiri oleh Ketua Pengarah MPC dan Pengarah MPC Wilayah Pantai Timur.  Sebagai makluman juga, “The Sheriff”  layak ke peringkat kebangsaan Konvensyen MPC yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2016 di Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya(PICC). Semoga kumpulan Inovasi SBSK Negeri Melaka memperolehi kejayaan dan terus melakar kecemerlangan diperingkat seterusnya. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan sekalung penghargaan kepada “The Sheriff” diatas pencapaian yang amat membanggakan ini.