Ahad 20 Oktober 2019
Text Size

 

AKTIVITI PROMOSI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) TAHUN 2017

KUALA LUMPUR - Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM dan Unit Komunikasi Korporat (UKK) JKSM telah dilantik sebagai urus setia bagi aktiviti promosi yang dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bertempat di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 25 dan 26 Mac 2017.
 
Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKSM khususnya BSK melalui Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan yang lebih efisyen.

Sepanjang pameran berlangsung, urus setia yang bertugas memberi penerangan  mengenai JKSM kepada pengunjung yang datang ke ruang pameran JKSM.