Jumaat 10 April 2020
Text Size

 

  • 1
  • 2
  • 1
  • 2

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah


Aktiviti/Program Jabatan

LAPORAN PERBINCANGAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) BERSAMA PENASIHAT UNDANG-UNDANG JABATAN PERDANA MENTERI (JPM)

29 November (SELASA) – Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah mengadakan perbincangan bersama dengan Penasihat Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM), Puan Nor Hafizah Abdullah di Bilik Mesyuarat Ketua Pengarah JKSM. Tujuan diadakan perbicangan ini adalah untuk mendapatkan pandangan undang-undang dari Pejabat Penasihat Undang-Undang JPM berkaitan penurunan kuasa dari Pegawai Pengawal kepada pegawai BSK di Negeri-negeri dalam isu resit bayaran pendahuluan dana Seksyen 10 Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga (KWASK).

            Perbincangan ini adalah bertitik tolak daripada penemuan pasukan Audit Amanah pada bulan Mac tahun 2015 yang lalu berkenaan isu resit bayaran yang tidak dikeluarkan pada hari yang sama bayaran dibuat disebabkan terdapatnya  beberapa kekangan. Atas dasar tersebut, perbincangan ini diadakan bagi membantu Penasihat Undang-undang JPM mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kedudukan sebenar isu yang dibangkitkan. Maklumat daripada perbincangan ini adalah amat penting dalam proses menyediakan pandangan undang-undang bagi menjawab isu-isu yang berbangkit.

            Diharapkan semoga kerjasama yang erat di antara Pejabat Penasihat Undang-Undang JPM dan BSK dapat diteruskan lagi pada masa depan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dapat diberikan kepada para pelanggan BSK secara lebih efisien.

Carian Tag