Bagaimana seseorang boleh memohon Fasakh?
Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :
- Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
- Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
- Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
- Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
- Telah mati pucuk.
- Telah gila selama tempoh 2 tahun.
- Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
- Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
- Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
- Memaksa isteri hidup secara lucah.
- Melupuskan harta isteri.
- Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
- Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
- Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
- Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.