Text Size

Perkahwinan

  • Perkahwinan

    Bilakah seseorang suami itu boleh dianggap mati?
    Anggapan mati ialah apabila suami seorang perempuan telah mati atau dipercayai telah mati atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh 4 tahun atau lebih. Apabila keadaan itu berterusan dan perempuan itu hendak berkahwin lain, hendaklah terlebih dahulu mendapat pengisytiharan anggapan kematian daripada Mahkamah Syariah



    Apakah sebab-sebab seseorang perempuan yang ingin berkahwin perlu mendapatkan kebenaran wali Hakim dari Mahkamah Syariah?
    Permohonan Wali Hakim dibuat apabila berlaku keadaan seperti berikut:

    a) Tiada wali yang sah dari nasab
    b) Wali ghaib
    c) Saudara baru / Muallaf
    d) Anak tak sah taraf
    e) Wali enggan
    f) Wali dalam ihram haji/umrah
    g) Wali tidak dapat dihubungi atas sebab darurat