Ahad 20 Oktober 2019
Text Size

 

PROGRAM PROMOSI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA DI UTC KELANTAN DAN UTC PAHANG

Kuantan - Program Promosi serta Kaunter Informasi JKSM dengan kerjasama Bahagian Sokongan Keluarga JKSN Kelantan dan JKSN Pahang telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 29 dan 30 Ogos 2018 bertempat di Lobi utama Pusat Transformasi Bandar UTC N.Kelantan dan Pusat Transformasi Bandar UTC Pahang pada 13 dan 14 September 2018.

Program secara kolibrasi ini bertujuan untuk memberi maklumat mengenai Sistem Perundangan Kehakiman Syariah, perintah afkah, BSK Transit serta khidmat nasihat daripada petugas-petugas yang terdiri daripada Pegawai dan kakitangan BSK JKSN Kelantan dan Pahang kepada orang awam disamping menerangkan peranan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKSM terutama Bahagian Sokongan Keluarga.

Sejajar dengan saranan kerajaan agar semua kementrian/jabatan /agensi kerajaan dan swasta saling bekerjasama erat dalam menyampaikan informasi dan dasar-dasar kerajaan secara efisyen kepada masyarakat. Disamping itu, penyampaian maklumat juga dilaksanakan melalui pengedaran flyers kepada pengunjung.